Mungkinkah Marina Mahathir Dilantik Sebagai Ketua Srikandi?

December 28, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

Berikutan kemelut yang melanda sayap Srikandi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan penyingkiran Anina Saadudin sebagai ketua kelmarin, ada desas-desus yang kuat mengatakan bahawa anak sulung kepada Pengerusi Bersatu Tun Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir akan dilantik sebagai ketua sayap wanita parti tersebut.

Marina bagaimanapun dikhabarkan hanya akan memangku sementara jawatan tersebut kerana tidak mahu keluarga Tun Mahathir dilihat menguasai parti berkenaan setelah adik lelaki bongsunya Mukhriz, turut dilantik sebagai Timbalan Presiden – jawatan yang sepatutnya diisi oleh Datuk Ibrahim Ali dari Perkasa.

Jika ini menjadi kenyataan, keputusan ini adalah dilihat sebagai keputusan yang terbaik sekali kerana yang penting buat masa ini bukan hubungan kekeluargaan sebaliknya mengeluarkan Bersatu dari kemelut dalaman yang memalukan tersebut.

Marina yang aktif dengan Pakatan Harapan terutama dalam pergerakan Bersih dan kempen menyokong LGBT, mampu menyesuaikan diri dengan ketua-ketua sayap Wanita komponen Pakatan Harapan yang lain jika dilantik ke jawatan itu, berbanding dengan Anina.

Sedikit sebanyak pergolakan dalaman yang berlaku dalam Bersatu ini telah menjejaskan Pakatan Harapan dan persediaan untuk menghadapi PRU14 secara tidak langsung.  Bersatu perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana MOU yang ditandatangani minggu lepas menuntut perbincangan tentang pembahagian kerusi dimulakan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Gambar Pilihan

  • Video

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 392116Total visitors: